Ahad, 31 Julai 2011

Istana SKBTR(1) di Putrajaya

29 Julai 2011 Putrajaya - Seramai 4 orang murid tahun 5 SK Bandar Tun Razak (1) telah menyertai Pertandingan Membina Istana "Paddle Pop Kingdom" di sini hari ini. Program yang dianjurkan oleh Walls Malaysia telah berlangsung di SK Putrajaya Presint 8 (2) dari pukul 8:00 pagi hingga 12:00 tengahari. SKBTR (1) telah diwakili oleh Amir Husaini, Arief Ikhram, Mohd Ferdaus dan Wan Nurul Hasanah.



Pertandingan tersebut telah menobatkan SK Seri Bintang Selatan sebagai pemenang tempat pertama, SK Sementa, Klang di tempat kedua manakala SK Bukit Jelutong berjaya meraih tempat ketiga. Walaupun SKBTR(1) tidak memenangi sebarang hadiah namun diharapkan dapat mencuba lagi pada tahun hadapan.

Sementara itu, Arief Ikhram telah mengharumkan nama SKBTR(1) dalam acara yang berasingan iaitu "Musical Chair" sebagai pemenang tempat pertama. Turut diadakan juga acara "Ajuk Gaya Superhero". Syabas dan tahniah kepada para pentadbir dan guru-guru yang terlibat.

KHEMAH IBADAH 2011

29 Julai 2011- Semua murid tahun 6 telah mengikuti Khemah Ibadah yang diadakan bermula dari jam 8.00 - 12.00 tgh. Slot yang menarik dalam program ini ialah ceramah moivasi yang disampaikan oleh Ustaz Hanafiah bin Abdul Malek dari Al-Iman Motivation and Training.
Diharapkan motivasi yang disampaikan oleh penceramah ini dapat menyuntik semangat, keinsafan dan membina keperibadian terpuji kepada para peserta.

Salam Ramadhan

Sabtu, 30 Julai 2011

TAHNIAH

Sambutan Bulan Kecergasan

27 Julai 2011 - Bulan Julai adalah merupakan Bulan Kecergasan yang disambut oleh setiap warga pendidik di seluruh Malaysia dengan bertemakan "1 Malaysia 1 Kecergasan". Pada pagi ini murid-murid sangat teruja melakukan  senamrobik yang diketuai oleh guru-guru yang sangat berbakat seperti  Pn Tg Norbaini, Pn Law Fui Ling, Pn Suhana, guru-guru praktikum dan beberapa orang guru lagi. Para pentadbir sekolah juga turut sama menyertai aktiviti senamrobik ini.
.

Khamis, 28 Julai 2011

"Pot Luck" Sebelum Ramadhan

26 Julai 2011 - Jamuan pot luck sempena menyambut bulan Ramadhan yang akan datang berlangsung dengan meriahnya . Para guru menunjukkan bakat masing-masing dalam bidang masakan. Pelbagai menu disediakan termasuklah nasi lemak, nasi ayam, mee "krok", laksa, mee goreng, dan pelbagai jenis pencuci mulut. Terdapat juga hidangan istimewa daripada Puan Guru Besar pula iaitu wajik.

 Bilik jamuan menjadi tempat persinggahan utama

 Masing-masing dengan menu pilihan

Sempat posing...

Rabu, 27 Julai 2011

"Special Sceince Day 2011" di Pusat Sains Negara

26 Julai 2011 - Seramai 40 murid tahun 5 dan 6 telah mengadakan lawatan ke Pusat Sains Negara bersempena Special Sceince Day 2011. Lawatan ini adalah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling, Panitia Sains dan Sub Unit HEM-Kebajikan Murid.  Turut serta dalam lawatan ini ialah Puan Isrosnaizah Ishak, Encik Muhammad Azlan Shah Khalid dan Puan Hasimah Idris.
Sepanjang lawatan ini murid-murid telah berkesempatan mengikuti beberapa akiviti seperti robodance, helikopter kertas, origami, daya dan kepantasan dan lain-lain.

Khamis, 21 Julai 2011

KEPUTUSAN PENUH KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI XX

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-20 ( 2011 )
SK BANDAR TUN RAZAK 1
CHERAS, KUALA LUMPUR

KEPUTUSAN KESELURUHAN

KEDUDUKAN
RUMAH SUKAN
MATA
JOHAN
BIRU ( MAT KILAU )
826
NAIB JOHAN
KUNING ( TOK JANGGUT )
785
KETIGA
MERAH ( MAT SALLEH )
740
KEEMPAT
HIJAU ( DOL SAID )
690

OLAHRAGAWAN                      :         FALLAH HASSAN B. SHAHROM JAMIL
OLAHRAGAWATI                      :        NUR HIDAYATI BT. ISMAIL
OLAHRAGAWAN HARAPAN   :        ERWAN SHAH B. GHAZALI
OLAHRAGAWATI HARAPAN  :        DAVYA BARRATI A/P DEENAKARAN


PERBARISAN DAN LINTAS HORMAT

KATEGORI           :               RUMAH SUKAN

KEDUDUKAN
RUMAH SUKAN
MATA
JOHAN
BIRU ( MAT KILAU )
133
NAIB JOHAN
KUNING ( TOK JANGGUT )
129
KETIGA
HIJAU ( DOL SAID )
128
KEEMPAT
MERAH ( MAT SALLEH )
127

KATEGORI           :               UNIT BERUNIFORM

KEDUDUKAN
RUMAH SUKAN
MATA
JOHAN
PANDU PUTERI TUNAS
115
NAIB JOHAN
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
108
KETIGA
PENGAKAP
104
KEEMPAT
PUTERI ISLAM
101
KELIMA
KADET REMAJA SEKOLAH
99

Rabu, 20 Julai 2011

SK Bandar Tun Razak (1) hantar penyertaan terbanyak


Oleh Khairunnisa Kamarudin
khairunnisa@bharian.com.my
2011/07/19


ZAKINAH (kiri) bersama sebahagian murid SK Bandar Tun Razak (1) yang menang kategori hantar penyertaan terbanyak pertandingan lukisan Dutch Lady.
PEMENANG Peraduan Lukis dan Menang menghias bahagian depan kotak susu Dutch Lady School menerima kejutan di sekolah masing-masing apabila dikunjungi wakil Jabatan Pengedaran NSTP untuk menyampaikan hadiah. 

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Mewah, Johor Bahru, Johor, Nur Alia Ali dipilih memenangi hadiah utama pakej percutian bernilai RM5,000 ke Universal Studio, Singapura.
Pemenang kedua, Chang Zhun Lyn, murid Tahun Empat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong, Kuala Lumpur yang melayakkannya mendapat Apple iPad Wifi, berkata dia menyangka mendapat hadiah itu.
“Saya terkejut dan berterima kasih kepada kakak yang banyak memberi tunjuk ajar dan idea untuk melukis dan mereka kotak ini,” katanya. 

Hadiah disampaikan Pengurus Jualan Korporat Jabatan Pengedaran NSTP, Liza Ahmad dan Eksekutif Korporat Jualan, Jabatan Pengedaran NSTP, Nur Asyikin Norrashid disaksikan Guru Besar, Tong Oi Kuan. 

Selain itu, kategori penyertaan terbanyak pula ialah SK Bandar Tun Razak 1 bagi wilayah Tengah; SK Laksana mewakili zon selatan, SK Putra, wilayah Utara dan SK Kubang Kerian 3, kawasan Pantai Timur. Masing-masing menerima RM1,000 setiap satu. 

Guru Besar SK Bandar Tun Razak 1, Zakinah Ismail, berkata pemberian itu akan digunakan untuk membeli hadiah dan diberikan kepada semua peserta sebagai penghargaan daripada pihak sekolah. 
“Saya bangga kerana sekolah terpilih memenangi kategori penyertaan terbanyak dan memberi peluang murid menunjukkan bakat seni mereka,” katanya. 

Peraduan berlangsung 4 April hingga 9 Mei lalu, disertai 3, 012 penyertaan. Dua murid yang menerima hadiah sagu hati iaitu kamera digital Canon adalah murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lee Rubber, Gombak, Tan Dick Kian dan Noor Athirah Muhammad Azmi dari SK Raban, Lenggong, Perak. 


sumber
http://www.bharian.com.my/articles/SKBandarTunRazak_1_hantarpenyertaanterbanyak/Article/

Selasa, 19 Julai 2011

Lautan Biru terus mewarnai Stadium Kuala Lumpur

Kuala Lumpur 18 Julai 2011 - Mat Kilau terus mengungguli Kejohanan Sukan Tahunan 2011 bagi edisi ke 20 di Stadium Bola Sepak di sini hari ini. Majlis telah disempurnakan oleh En. Nor Ashidi b Salim, wakil kepada pemangku Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak En. Shaharuddin b Hj Zainal Abidin dengan kata-kata semangat dalam usaha memartabatkan sukan di samping memupuk semangat kesukanan dan perpaduan dari peringkat sekolah rendah lagi. Beliau juga mengucapkan syabas kepada semua guru SKBTR 1 dalam merealisasikan program 1 Murid 1 Sukan. Turut hadir Yang Dipertua  PIBG, En. Muhammad Nazarallah b Mohd Nasir.

Dalam pada itu, Tok Janggut turut memberi saingan hebat dikuti Mat Salleh dan Dol Said. Sokongan padu yang ditunjukkan oleh penyokong dan ibu bapa masing-masing menggamatkan lagi suasana stadium.

Kejohanan ini yang berlangsung seawal jam 8 pagi telah dimulakan dengan perarakan Pengawas SKBTR 1, perbarisan kontinjen-kontinjen rumah sukan dan pasukan unit beruniform. Program disusuli dengan upacara menaikkan bendera dan bacaan ikrar yang diketuai oleh Haziq Asyraf b Mazlan.